Bagaimana nak hafal Quran?

18 Jan
  • ” Hafal Quran tu susahlah. Ayat pulak panjang-panjang. “
  • ” Orang Arab senanglah hafal Quran, tu kan bahasa mereka.”

Assalamualaikum. Apa khabar semua?. Ha selalu kan dengar orang cakap macam yang Kakmin tulis kat atas tu kan?. ” Hafal Quran tu susahlah. Ayat pulak panjang-panjang. “. Apa yang Kakmin dapat katakan ialah hendak seribu daya, kalau tak hendak tak payahlah nak berdalih-dalih. Kakmin ni bukanlah seorang hafizah tapi Insya Allah bakal hafizah, Amin Ya Rabb ~ ” Orang Arab senanglah hafal Quran, tu kan bahasa mereka. ” Siapa kata orang Arab senang hafal Quran?. Diorang pun belajar jugak tau macam kita jugak. Diorang kena belajar tajwid, baris dan banyak lagi. Ni Kakmin nak kongsikan tips macam mana nak hafal Quran. Tips ni Kakmin dapat dari internet yang merupakan tips yang dikongsi oleh Sheikh Yasier Qadhi semasa seminar beliau tentang Sains dan Al-Quran. Cara ni beliau guna semasa beliau masih remaja untuk menghafal Al-Quran.

  1. Keikhlasan. Ha, nilah yang paling penting sekali sebab kita kena pastikan yang niat kita tu ikhlas nak menghafal Quran kerana Allah s.w.t. Kalau niat yang baik, mesti dapat baik kan?.
  2. Konsisten. Lebih kerap korang menghafal ia akan jadi lebih mudah. Selain tu jugak baca surah tu jangan lompat kat surah lain kalau sesuatu surah tu kita tak dapat. Minimun seseorang tu hafal sebanyak 3 baris, 5 pun ideal jugak.. Semakin anda konsisten, dalam 5 ke 6 tahun Insya Allah korang akan hafaz Quran.
  3. Pembahagian masa. Mulakan pagi korang dengan hafalan sebagai sarapan. Masa yang sesuai untuk menghafal adalah waktu selepas Subuh. ( Sh. Yasir digunakan untuk mengambil satu jam untuk menghafal halaman pada mulanya, dan akhirnya turun kepada 15-20 minit).
  4. Suasana. Korang kena carik tempat yang tenang untuk menghafal. Tempat yang bebas dari segala gangguan. Selain tu, korang jugak kena matikan semua peranti macam telefon bimbit.
  5. Ulang, ulang dan ulang. Tak ada “magic” dalam pembacaan Quran ni. Korang mesti ulang dan ulang ayat tu. Kalau dah selalu ulang, maka hafallah.
  6. Cari kawan. Korang mesti carik kawan atau keluarga ke yang ada minat sama macam korang. Ajak dia baca sama-sama. Sorang semak sorang. Kalau korang salah, dia betulkan dan sebaliknya.
  7. Tiga kumpulan. Mula dari belakang. Lebih pendek surah akan membawa korang kepada rangsangan yang besar. Korang cuma perlu membahagikan hafalan al-Quran dalam tiga bahagian:a) Juz 28, 29, 30 atau hanya Juz 29, 30b) Surah Al-Kahf hingga Juz 28c) Surah Al-Baqarah Surah Al-Kahf.

Leave a comment