Archive | Famili Kakmin RSS feed for this section

Eee geramnya

18 Jan

Kesian kat Baby Sallehudin. Hari ni dia demam. Demam buat kali pertama. Umur dia baru je, jap ye Kakmin kira ~ Ha, baru je 24 hari. Kesia Kakmin tengok tau. Then mummy dia bawaklah Sallehudin pegi poliklinik. Ada ke doktor tu cakap Sallehudin tak demam !! Dia tak rasa ke badan budak tu panas. Tak payah guna thermometer pun tau budak tu demam. Sebab tak puas hati dengan jawapan doktor tu & untuk kebaikan Sallehudin, mummy dia dengan aunty Kakmin bawak lah Sallehudin pergi specialist. Nak tau apa doktor tu kata?. Eh, demam budak ni. suhu dia 39 celcius. See !! Demam kan??. Aishh tak buleh pakai betullah doktor yang periksa Sallehudin kat poliklinik tu ~ Upss.

Sallehudin berusia 5 hari

 

Advertisements

Guru sajak

18 Jan

Situasi : Sampai kat rumah selepas pulang dari sekolah.

  • Adib : Kakmin, cikgu suruh Adib berlatih baca sajak.?
  • Kakmin : Untuk apa.?
  • Adib : Untuk guna hari Jumaat ni lah. Adib jadi wakil pelajar lelaki baca sajak kat depan guru dengan ibu bapa peljar Tahun 1.
  • Kakmin : Wah wah wah, terror lah ye.?
  • Adib : Mestilah~.

Jadi bermulalah episod Kakmin mengajar adib bersajak. Aik, jadi guru sajak pulak?. Hehe..Dengan berbekalkan ilmu yang cetek ni, Kakmin pun pegi ajar si budak Adib tu bersajak. Budak Adib ni pelik betullah, Kakmin suruh baca main-main pulak. Ni yang buat Kakmin geram ni. Last sekali nak tau macam mana Kakmin ajar dia?. Kakmin pergi ambik penyangkut baju, lepas tu kalau main-main lagi pukul je pakai penyangkut baju.. Ek ehh, bukan pukul Adib. Sebaliknya Kakmin pukul sofa je. Dengar je bunyi sofa tu kena bantai, tak berani dia. Kesian kat sofa tu, tak pasal-pasal dia pulak kena bantai dengan Kakmin. Hmm tak pe lah sofa ye, Kakmin mintak maap ekk. Hehe.

Skrip sajak Adib + tangan Bathrisya. Upss, bukan semua tu Adib baca. Cuma rangkap 1 dan 3 je.

So berbalik kat kisah Adib tadi. Alamak oiyy budak ni macam-macam alasan. Aduss.. Macam mana ni? Ni dah hari Rabu esok lusa dah Jumaat. Mesti hafal jugak malam ni. Sekurang-kurangnya serangkap pun jadilah. Esok boleh sambung lagi. Tengah-tengah Kakmin train dia buat gaya sajak tu, Adib cakap sakit tekak lah pulak !!. Aishh macam manalah tak sakit tekak, orang suruh baca sajak dia pulak teriak waktu baca sajak tu. Lama jugak Kakmin train Adib nih. Penat jugak melatih budak ni. Akhirnya hafal jugak walaupun serangkap. Tinggal du rangkap lagi nak dihafal dan nak bagi gaya sikit. Esok je lah Kakmin sambung latih si Adib tu baca sajak. hehe. Harap-harap esok tak de lah sakit tekak lagi ye sebab Kakmin dah bagi Fisherman. Ha ingat tu~ Selalunya budak Adib ni bagi alasan je memanjang. Kita tunggu besok je lah ye.