Archive | Dapur Kakmin RSS feed for this section

Program Cuti Sekolah

5 Mar

Kepada adik-adik perempuan tingkatan 1 hingga 3 yang berada di Kuching mahupun luar Kuching yang tak de nak merancang pergi mana-mana cuti bulan Mac ni, jomlah join kiteorang pergi program ni. Percuma je tau. Rugi kalau tak pegi.. Jom sama-sama daftar !

Bengkel Keselamatan % Kesejahteraan Remaja Bestar 2012

Bengkel Keselamatan % Kesejahteraan Remaja Bestari 2012

Ustaz Don ft Ustaz Azar Idrus

2 Mar

Satu Fenomena

Kakmin baru sahaja mengenali kedua-dua ustaz ni. Kakmin kenal dengan Ustaz Don dekat dalam TV AlHijrah manakala Ustaz Azhar Idrus pulak melalui laman web perkongsian video iaitu You Tube.  Mereka masing-masing ada cara dieorang sendiri dalam menyampaikan dakwah.

Rancangan kegemaran

Rancangan 30 minit bersama Ustaz Don kini telah jadi program rasmi keluarga Kakmin terutama buat tok dan wan. Dieorang memang tak miss tengok program ni. Sehinggakan waktu Ustaz Don berkunjung ke Kuching tempoh hari [ 17&18 FEBRUARI 2012 ] kiteorang pun pegi jugak. Itulah kali pertama pergi majlis ceramah bersama orang yang hebat lah katakan. Malangnya waktu kiteorang sampai kat IIC, tempat tu pon dah penuh. Dah tak dak ruang lagi untuk masuk. Pihak pengurusan cuma sediakn 100 buah kerusi je. Tapi peminat yang datang hampir mencecah 1000 orang. Ha, cayalah ~ Tok dan wan tak tahan sangat berdiri lama-lama, jadi kiteorang pon balik tanpa sempat mendengar ceramah Ustaz Don. At least ada jugak tengok Ustaz Don in person. Wah, tinggi lampai oghe nya.

Oghe utara

Kedua-dua ustaz ni mempunyai persamaan ketara. Kedua-duanya oghe utara. Ustaz Azhar Idrus oghe Ganu ( Terengganu ) manakalan Ustaz Don Daniyal pulak oghe penang ( Pulau Pinang ). Berbanggalah oghe utara, ada ulamak hebat nih. Oghe Sarawak bilo lagi nak ado macam gini?..Insya Allah ~

”]Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Don Daniyal [ Penyejuk mato ambo ]

Yaprak Dolma

14 Feb

Yaprak Dolma?. Apo kebenda nya tu?. Hah, ni nak bagitau Yaprak Dolma ni merupakan makanan orang Timur Tengah, Russia dan jugak South Asia. Untuk pengetahuan korang apa-apa je makanan yang bersumbat digelar Yaprak Dolma. Selalunya orang akan letak beras, daging cincang atau bijirin. Ada jugak orang suka letak bawang, parsli, herba dan rempah. Selain tu ada jugak yang guna daging cincang dimasak dengan minyak zaitun bersama kismis ,bawang dan kacang. Jadi hari ni buatlah Yaprak Dolma berdasarkan resepi yang dicedok dari internet. Tapi Yaprak Dolma yang Kakmin buat ni tak dibalut dengan daun anggur sepertimana Yaprak Dolma yang lain-lain tu. Ni lah ” Yaprak Dolma versi Kakmin “. Kat resepi tu dieorang guna daun anggur tapi Kakmin tak guna. Kakmin ganti dengan apa?. Ehem.. Kakmin ganti dengan daun bebuas/singkel. Senang je nak dapat daun ni. Kat tepi rumah Kakmin besaq betui pokok dia. Siap nak tunggu petik lagi.

Dah siap balut tunggu nak masuk dalam steamer je lagi 🙂

 

Tadaa !! Siap dah pon :). Tunggu nak makan lagi nih ~

—> Dah, Kakmin nak off dulu, nak menikmati Yaprak Dolma daaa ~

Dah sampai dah

7 Feb

Assalamualaikum. Kakmin dah selamat sampai kat Kuching dah. Sampai tepat jam 10:30 malam then sampai rumah jam 11 lebih macam tu. Penat jugak lah perjalanan balik ni. Hahaha, sepanjang perjalanan dari Miri ke Bintulu, caya tak kerja Kakmin tidur se sepanjang perjalanan. Aduss ! Penat + demam :'(. Program kat Miri kali ni memang best. Selain tu Kakmin ada pengalaman baru sepanjang berkampung kat sana. Never and never putus asa. And we must cuba selagi mampu.

Sugar Cookies

25 Jan

Ha, hari ni Kakmin buat sugar cookies. Dah tak de nak buat apa-apa, so Kakmin buatlah cookies. Untuk buat sugar cookies ni masa yang diperlukan tak lama. So sebab tu jugaklah Kakmin nak buat sugar cookies ni. Rakyat di rumah ni bukan punya lagi suka makan cookies ni terutamanya si Adib.

Cookies yang tengah diterap sebelum nak masukkan kat dalam oven.

Actually cookies ni Kakmin nak buat hiasan kat atas dia. Namun atas sebab-sebab tertentu, ( dah habis kena dah ) jadi tak sempatlah nak buat hiasan, lain kali je lah yer~

Sugar cookies bentuk Lollipop 😛

Sugar Cookies ni Kakmin tambah Turkish Delight untuk topping. Turkish Delight ni yang Kakmin buat dalam post lalu, ingat tak?.

Adib tengah dok posing makan cookie tu tetiba je cookir tu patah dan camera pun snap !. Sebab tu gambornye gitu 🙂

:: Resepi Sugar Cookies ::

  • 1 1/2 cawan mentega.
  • 2 cawan gula *ikut suka
  • 4 biji telur.
  • 1 sudu kecil perasa vanilla.
  • 5 cawan tepung.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil garam.

:: Cara-cara penyediaan ::

  1. Letak mentega dan gula kat dalam mangkuk besar,then ambik mixer and creamkan samapi lembut. Setelah lembut, ambik telur mix kan sekali. Kemudian tambahkan tepung, garam, baking powder dan garam. Campurkan semua dan biarkan lebih kurang sejam. Kalau ikut Kakmin, Kakmin lebih suka untuk biar selama sehari.
  2. Panaskan oven korang 180 celcius. Roll kan dough tu setebal setengah inch dan terapkan ikut suka korang.
  3. Kemudian letakkan dekat  cookies sheet. Then bakar selama 8 ke 10 minit.

Resepi Turkish Delight

16 Jan

Kakmin rasa macam nak makan Turkish Delightlah hari ni. Turkish Delight yang macam si Edmund Pevensie makan . Ishh yang dalam cerita Narnia tu. Bila tengok je si Edmund tu gigit Turkish Delight terus je rasa terasa kat dalam tekak Kakmin ni ha ~.

Edmund tengah makan Turkish Delight

Jadi Kakmin pun cadangnya nak buat Turkish Delight lah petang ni. Sebelum ni pun Kakmin ada jugak buat. Nak bagitau siket, kalau buat Turkish Delight ni perlu ada kesabaran yang tinggi tau. Sebab masa yang diambil untuk kita nak tunggu Turkish Delight ni betul-betul masak lama sangat. Kakmin sendiri pun ambil masa 4 jam untuk tunggu dia betul-betul masak. Lenguh jugak kaki ni asyik dok menggaul je. Hehe. Setelah lama menunggu ~ Jadi jugak akhirnya .. hehe Alhamdulillah 🙂

Turkish Delight

Turkish Delight

Turkish Delight yang Kakmin buat ni ditanggung halal dan bebas dari unsur haiwan. So vegetarian, bolehlah makan yer. Kalau yang western punya Turkish Delight diorang bubuh Gelatin kat dalam tu. Kalau dah bubuh Gelatin, manalah asli  rasa dan texture dia kan?. Sebab the real Turkish Delight hanya guna tepung jagung, perisa dan air je. Dah bubuh Gelatin, menipulah namanya tu. Ek eh, Kakmin ni senang-senang jer cakap orang menipu.. Ishh apelah hehe. Hmmm Kakmin teringat pulak waktu mula-mula Kakmin buat Turkish Delight ni. Memang hampehh !!. Sebab waktu tu Kakmin cuma buat Turkish Delight ni dalam masa sejam je. Alahai sebab tu lah tak menjadi. Waktu Kakmin tabur dengan icing sugar tu, tetiba je icing sugar tu cair kat atas Turkish Delight tu. Ya Alllah !!  Ruponyer, cara Kakmin pun salah jugak. Aduss… Try punya try sampai entah berapa kali try pun Kakmin tak ingat dah. Akhirnya, dapat jugak buat Turkish Delight yang sama macam kat kedai jual. Alhamdulillah.. Ruponyer macam gitu caranya yer ~

Budak-budak memang suka benda-benda manis ni. Lebih lagi kalau candy. Pantang didengarnya. Bila siap je Turkish Delight ni tadi, Adib cepat-cepat cakap yang dia nak makan semua Turkish Delight ni. Alamak Adib oi, kalau dah makan semua, Kakmin nak makan apa?. Gigit jari je lah nampaknyer hehe..

Tadaa !! Dah siap ~ Sedap

Untuk simpan Turkish Delight pulak tak lah susah sangat cuma korang kena letak kat dalam bekas yang kedap udara. And yang important sekali,jangan letak kat dalam peti. Sebab texture dan rasa dia boleh rosak hehe.

 

 

 

Adib yang dah tak sabar nak makan Turkish Delight. Katanya nak habiskan semua. Larat ke?

Resepi Turkish Delight 

:: Bahan-bahan ::

  • secawan tepung jagung.
  • sesudu besar cream of tartar.
  • 4 cawan gula.
  • sesudu besar jus lemon.
  • sesudu besar rosewater. * boleh tukar perisa lain.
  • pewarna merah. * boleh tukar warna lain.

Untuk dusting

  • secawan icing sugar.
  • 1/4 cawan tepung jagung.

:: Cara-cara ::

  1. Letak 11/2 cawan air kat dalam pan. Lepas tu letak jus lemon sekali dengan gula. Kacau sampai mendidih tau.
  2. Dekat dalam pan yang lain letak 500ml air dan letak tepung jagung dengan cream of tartar. Gaulkan untuk mengelakkan tepung jagung tu jadi berketul-ketul.
  3. Setelah tepung jagung tu jadi macam gam, alihkan dari api tu. Kemudian masukkan sirap gula sedikit demi sedikit. Gaulkan setiap kali sirap gula dimasukkan.
  4. Habis tu, letak kat atas api balik dan tunggu sampai mendidih. Kalau dah mendidih tu, perlahankan api dan jangan lupa untuk menggaulnya dengan kerap.
  5. Ianya dibiarkan mendidih dengan suhu perlahan sampai bertukar jadi kaler amber. Macam coklat-coklat sikit warna dia. Ha, kalau dah sampai tahap ni, bolehlah ditambah pewarna merah dan rosewater. Gaul-gaul setelah tu, boleh lah letak kat dalam bekas yang dah disapu minyak sedikit dan biarkan Turkish Delight tu sejuk selama beberapa jam.
  6. Ha setelah sejuk. bolehlah korang keluarkan dari bekas. Upps, sebelum tu, jangan lupa taburkan tepung jagung+icing sugar kat atas surface Turkish Delight tu sebelum korang menterbalikkannya.
  7. Habis tu, bolehlah dipotong kepada bentuk squre dengan menggunakan pizza cutter, sebab lebih senang dari guna pisau. Dah potong jadi square tibalah masnya untuk menggaulkan semua square square yang ada dengan tepung jagung+icing sugar.
  8. Habis tu, bolehlah dimakan ~
  9. Untuk simpan dia pulak, letak je dekat dalam air tight container dengan lebihan tepung jagung dan icing sugar tadi.