Tag Archives: Masjid Darul ‘Abidin

Masjid Darul ‘Abidin

12 Feb

Malam tadi Kakmin menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Darul ‘Abidin Kuching. Selesai solat Maghrib jemaah bersama-sama mendengar maulid yang dibacakan oleh Tuan Imam Masjid Darul ‘Abidin. Majlis maulid tu jugak diserikan oleh qasidah Ya Hanana oleh anak-anak Madrasah Al-Khairat Kampung Pinang Jawa, Gita.

Kemudian kiteroang sama-sama menunaikan solat Isyak berjemaah. Setelah tu mendengar ceramah dari dua orang ustaz. Ceramah yang menarik hati Kakmin adalah ceramah ustaz yang kedua tu. Nama dia maaflah,Kakmin tak ingat. Beliau kata kalau kita nak mencintai Rasulullah, kita mesti kenal dengan baginda. Tak kenal Rasulullah s.a.w maka tak cinta baginda. Beliau juga menceritakan sewaktu di Zaman Rasulullah, seorang sahabat bernama Zaid. Zaid ni sanggup berkorban walaupun nyawanya menjadi taruhan demi tidak mahu Rasulullah dicederakan. Masha Allah ~ Sehingga begitu sekali cintanya terhadap Rasulullah s.a.w. Kakmin sendiri pun mengaku belum ada kecintaan begitu sekali terhadap Rasulullah s.a.w sehingga sanggup mengorbankan nyawa. Semoga diri kita termasuk diri Kakmin dikurniakan cinta begitu mendalam sekali terhadap baginda Rasulullah s.a.w. Amin !!. Selain tu jugak ustaz ni cakap bahawa Agama Islam merupakan agama mulia. nabi Muhammad insan mulia. Umat Islam umat Mulia dan beliau juga menyatakan bahawa Majlis Maulid yang kami hadiri juga mulia ! Amin Ya Rabb ~ Majlis ni deserikan sekali lagi oleh anak-anak Tahfiz Madrasah Al-Khairat dengan bacaan qasidah yang bertajuk solaatun bissalamil mubin serta selawat badriyah.

Majlis ni tamat tepat jam 10:00 malam and Kakmin sampai kat rumah jam 10:30. Kakmin harap lepas ni bolehlah lagi diberikan peluang untuk menghadiri majlis-majlis ‘ilmu seperti ini. Insha Allah ~