Tag Archives: Kucing

Ada apa dengan kucing?

17 Jan

Wah wah wah.. Hari ni Kakmin nak cakap tentang kucing. Kenapa kucing?. Nak tau sebabnya. Kucing ni comel sangat-sangat. Selain itu kucing ni jugak merupakan haiwan yang paling bersih di dunia tau dan kucing ni bukan najis. Diriwayatkan oleh Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu baginda berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu baginda pun berwudhuk menggunakan air lebihan minuman kucing tersebut. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Kucing Kakmin, Possum & anak-anaknya

Kucing ni comel kan?. Tapi kenapa jugak ada orang nak dera kucing ye?. Mungkin kucing ni menyakitkan hati diorang kot. Tapi fikir rasional lah sikit, kucing ni mana ada akal. Yang ada akal pun selalu tak guna. Upsss jangan terasa ye. Rasanya bulan-bulan lepas, Kakmin ada menonton Buletin Utama kat Tv3 tu tentang kucing. Alahainya, kesian Kakmin tengok. Ada ke orang tu pegi potong kaki depan kucing tu. Sebabnya kucing tu pegi curik ikan dia. Layak ke orang ni kita gelar manusia?. Lepas kaki dia kena potong, siap-siap lagi orang tu pegi lempar je kucing tu kat kali lima. Tak tau ke kucing tu menderita sakit oiii !! Aduss apa kehe ni?. Tu kucing lah, bukannya orang. Macam hukum hudud pulak dia buat kat kucing tu. Ish ish ish. Nasib baiklah ada orang mulia yang jumpa kucing tu dan jaga dia elok-elok.

"Hero" nama kucing yang Kakmin cerita tu dan ni pulak tuan yang mulia dan sudi merawat dan menjaganya.

Bila tengah tulis post ni, terus je Kakmin teringat dengan satu kisah di zaman Rasulullah S.A.W. Kisah tu diriwayatkan dalam kitab Sahih Bukhari. ” Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.”   [Sahih al-Bukhari – no:3318]

Nabi Muhammad S.A.W pun ada bela kucing tau. Muezza nama kucing tu. Baginda sangat sayangkan Muezza. Suatu hari tu, Muezza tidur kat atas jubah nabi. Sedap pulak dia tidur kat situ. Oleh sebab dia tak nak ganggu Muezza tu tidur, baginda pegi potong lengan jubahnya untuk mengelakkan Muezza dari terbangun dari tidur. Balik je Rasulullah S.A.W Muezza terbangun dan merunduk kepada Rasulullah S.A.W. Sebagai balasannya Rasulullah S.A.W pun menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan comel kucing tu.

Ni pulak, Muezza. kucing Kakmin jugak. Dinamakan sempena nama kucing Rasulullah S.A.W

Oleh itu, kepada kita yang dikurniakan akal dan fikiran ni, janganlah mendera kucing tau kerana mereka pun makhluk Allah yang harus dan layak dikasihi dan disayangi.