Perarakan Maulidur Rasul 2012

5 Feb

Pagi ni tadi Kakmin and the gang bangun awal sebagai persiapan untuk perarakan Maulidur Rasul. Kiteorang semua berjalan kaki menuju ke Stadium Miri. Perjalanan dari Kampung Sukan Petronas ke Stadium Miri mengambil masa lebih kurang 10 minit je.

Setibanya kat situ, stadium dah pun sesak dengan orang ramai. Jadi kiteorang pon terus carik tempat yang telah ditetapkan. Dah siap kiterorang berbaris tu, ada pulak orang datang cakap kita berbaris salah tempat. Adoyaii ! Pindah lagi kat tempat kita yang sebetulnya. Mula-mula kiterorang tengan tunggu chief minister habiskan ceramah dia. Mak oiyy, ceramah dia bukan maen lagi “pendek”. Tak nampak ker rakyat dia kat bawah ni dah berpanas dah ke?. Dia berucap kira-kira setengah jam. Lama tuu,. Lepas habis CM berucap, barulah kiteorang dapat berarak. Nak tunggu turn lagi. Lecehlah. Lebih kurang setengah jam jugaklah nak tunggu turn kiteorang. Tapi takpe, Kakmin tak kesah semua tu yang penting, Kakmin dapat join perarakan ni. Peringkat state pulak tu. Hah.

Actually, waktu mula-mula Kakmin ingat dekat je tau jalan yang kiteorang lalui. Lepas jalan tu barulah Kakmin tahu betapa “dekat”nya perjalanan yang kiteorang lalui tu. Setengah perjalanan tu memang Kakmin akui penat nye boleh tahan. Waktu tu Kakmin rasa memang dah nak stop and mengalah jer. Lepas tu Kakmin pun buat sesuatu untuk menaikkan semangat Kakmin ni balik so, Kakmin kata kat diri Kakmin : “Engkau mesti boleh, Nabi Muhammad dulu pon berperang waktu bulan puasa dieorang menang pulak tu. Ini kan bukan bulan puasa, so takkan kau boleh mengalah kot? “. Kontinjen kiteorang tiba jam berapa pon Kakmin tak hengat dah sebab tak pakai jam and maseh tercungap-cungap lagi. Mengikut kata Kak Wani, perarakan kali ni memang paling jauh and kiteorang dah pusing Bandar Miri dengan berjalan kaki pulak tu. Empat kilometer tu memang berasa jugaklah namun Kakmin tetap happy untuk kontinjen Kakmin. Non of them yang pengsan. Tahniah !!

Selesai je habis perarakan, kiteorang semua rush balik ke Kampung Sukan Petronas sebab ada aktiviti seterusnya iaitu Khidmat Masyarakat. Aktiviti hari ni memang padat-padat belaka.

Hah, malamnya pulak ada Malam Mahabbah Rasulullah s.a.w. Yakni malam ni merupakan malam melahirkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Pada malam mahabbah ni adik-adik peserta, pihak PERKIM serta barisan fasilitator membuat persembahan. Kakmin sedikit terpukau dengan persembahan oleh pihak PERKIM. Seorang aunty PERKIM ni yang kiteorang panggil Aunty Rosnah. Mak oiyy, suara dia ……….. Bagus & indah bangettt… Sempat jugak Kakmin interview dia ni tanya dia guna apa untuk suara dia. Nak tau petua Aunty Rosnah ni? Jap ekk ~

:: Petua Aunty Rosnah ::

Bahan-bahan

  • Tebu
  • Gula batu
  • Cili padi

Cara-cara

  1. Cili padi ditumbuk lumat bersama dengan gula batu di dalam lesung.
  2. Setelah lumat, ambik tebu tu dah tumbuk bersama cili padi dan gula batu tersebut.
  3. Habis tu, minumlah air tebu tersebut

* AMARAN : Kepada sesiapa yang menghidap gastrik adalah dilarang untuk mencuba petua ini. Harap maklum.

Persembahan peserta pun ok jugak. Walaupun tak seberapa namun dieorang tetap nak buat jugak demi Rasulullah s.a.w.  Latihan cuma sehari je, namun dapat buat persembahan mantap. Fasilitator punya persembahan ok jugak. Selawat dan qasidah yang didendangkan begitu penuh bersemangat sekali. Malam Mahabbah ni habisnya kira-kira jam 11:30 malam.

Advertisements

Selamat Datang

3 Feb

Adik-adik peserta mulai tiba ke Perkampungan Rumah Sukan Petronas pada jam kira-kira 2:30 petang. So kerja Kakmin hari tu ?. Tangkap gambar 😛 Adik-adik ni begitu bersemangat sekali. Banyak betul beg yang diorang bawak.

Petang tu kiteorang sama-sama menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh kalau Kakmin tak silaplah, salah seorang peserta. Sejuk mata memandang, adik-adik ni tak payah tunggu atau tunjuk-tunjuk siapa nak jadi imam. Kalau dia rasa nak jadi imam, dia akan pergi ke depan. Alhamdulillah, semoga berterusan Amin ~.

Malamnya pulak ada kuliah Maghrib yang bertajuk Sifat-Sifat Terpuji Saiyidatina Khadijah Al-Kubro. Ni Kakmin nak komen siket,amboi Kakmin ni siap kome lagi ye :P. Ustazah ni bagi ceramah, siket je tentang Saiyidatina Khadijah yang selebihnya dia cakap tentang kahwin. Alamak oiyy bila start je sesi soal jawab at first tu memang tak de orang nak tanya then tetiba je pengacara majlis pulak ada soalan. Soalan dia : Sepertimana yang kita ketaui, sebelum Khadijah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w beliau adalah seorang janda. Adakah beliau mempunyai anak dengan suaminya terdahulu?. Jawapan ustazah : Ada. ………………………. Setelah pengacara majlis ni habis tanya soalan barulah adik-adik ni bersemangat nak tanya soalan.wah adik-adik begitu bersemangat sekali. Nak tau depa dok tanya pasai apa?. Pasai kahwin, bukan nya dok tanya pasai Saiydatina Khadijah. Ada jugak yang tanya, tapi siketlah dalam dua orang macam tu.

Malam tu jugak pembahagian kumpulan.

Masuk press

2 Feb

Lepas check out dari hotel Kakmin ikut Kak Kasmah iaitu salah seorang kakak fasi yang berasal dari Miri terus menuju ke Kampung Sukan Petronas. Perjalanan tu ambik masa lebih kurang 15 minit. Lepas sampai je terus angkut barang dekat bilik F. Bilik dia boleh tahanlah siap ada air cond lagi hah, ambik kau.

Then Kak Seni kata kiteorang ada mensyuarat. Masa tu, mesyuarat apa pon tak tahu lagi. Sesampai je dekat conference room, terkejut Kakmin tengok bilik tu dah penuh dengan pihak dari PERKIM, HIKMAH dan lain-lain. Diorang ni tengah tunggu pihak dari surat khabar. Alamak oiyy, press nak datang lah !!.

Journalist tu bayak tanya soalan. Biasalah journalists kan. Lepas habis sesi temubual dengan journalists, kiteorang pon ambik gambar untuk letak kat news. Dekat tangan setiap sorang siap pegang pamphlet Malam Mahabbah Rasulullah s.a.w lagi.

Miri mari ~

1 Feb

Kakmin dah sampai Miri dah. Fuhh pukul 10.15 malam baru datang kat terminal bas. Alamak oiyy, penatnya, 14 jam perjalanan dari Kuching. Kat dalam bas tu kerja Kakmin tidor je memanjang. :P. Sepanjang perjalanan tu, ni Kakmin nak komen sikitlah cerita yang ditayangkan untuk penumpang-penumpang bas. Cerita yang ditayangkan semuanya agak keterlaluan, maksuda Kakmin cerita yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur ganas malahan lucah dan tidak sesuai ditayangkan kepada penumpang di dalam bas tersebut kerana rata-rata penumpag bas adalah remaja di bawah umur !. Ni pendapat Kakmin jelah ye. Kalau ada yang terasa, Upsss, sorryyy ~

Lepas sampai terminal, kiteorang tunggu akak-akak fasi dari Miri untuk ambik bawak pegi hotel. Actually malam tu memang kiteorang terus pegi ke Kampung Sukan Petronas, tapi malangnya penginapan kami untuk malam tu tak diluluskan. So, kiteorang stay kat hotel je lah. Kalau tak silap Kakmin nama hotel tu Mega Hotel. Kakmin dapat bilik 218. Bilik tu cukup untuk empat orang. Lepas masuk bilik,Kakmin dan kawan-kawan pegi mandi lepas tu solat. Lepas tu, Zzzzzzzz……………………………….zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……………………. 🙂

Maulidur Rasul 2012

31 Jan

Esok, Kakmin akan berangkat ke Miri, Sarawak. Hah, buat apa?. Kakmin dijemput untuk jadi fasilitator Khemah Remaja Wanita Peringkat Negeri Sarawak sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan dekat Miri. Program ni akan mengumpulkan seramai 150+ remaja wanita seluruh Miri. Tujuan program ni diadakan adalah untuk menambahkan kecintaan para remaja wanita terhadapa Baginda Rasulullah s.a.w justeru memperkenalkan merekan dengan tokoh-tokoh wanita Islam seperti Saiydatina Khadijah Al-Kubro, Saiyidatina Fatimah Az-Zahra dan Saiyidatina ‘Aisyah Al-Humaira. Diharap program ini bakal menambahkan kecintaan Kakmin dan adik-adik peserta terhadap Rasulullah dan tokoh-tokoh wanita Islam. Insha Allah 🙂

Jatuh Cinta?

31 Jan
Upps, jangan tertipu dengan tajuk tu, actually Kakmin bukan jatuh cinta dengan oranglah tapi dengan lirik lagu :).Kak min suka sangat dengar lagu ni. Ni lagu Arab, dinyanyikan oleh Abdel Majeed Fawzan. Lagu ni mengisahkan tentang dua orang adik beradik yang dah kematian ayah mereka. Abang nya pulak yakni Abdel Majeed Fawzan sendiri terpaksa mencari pekerjaan demi menyara adiknya yang maseh kecik lagi. So, dia ni pon try kerja kat satu kedai Pak Arab ni. Uihh, tauke Pak Arab nih bukan main lagi jahat kat dia ni. Waktu tauke Pak Arab ni tengah marah budak ni, salah seorang pelanggan bagi duit kat tauke dia dan suruh dia bagi kat budak tu. Nak tau apa tauke tu buat?. Lepas dia ambik duit tu, dia masukkan teruih ke dalam peti besi yang dia punya. Bermakna dia ni makan harta anak yatim. Last-last Allah nak tunjuk balasan, waktu dia nak bukak peti besi tu dia nampak ular macam nak patuk dia. Kemudian barulah dia ingat yang dia ada ambik duit budak tu tadi. At last, dia pergi rumah budak tu dan jaga dua beradik tu macam anak dia sendiri jugak. And ni lyrics lagu dia ~ Ya Dam ‘Atil Yatima

Abdel Majeed Fawzan

 
Ni pulak lyrics lagu nih
آآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآه
آه آه آه آه
آآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآه
آه آه آه آه
آآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآه
آه آه آه آه
آآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآآه
آآآآآآآآآآه
يا دمعتي اليتيمه ::: يا أحرفي الأليمه
يا دمعتي اليتيمه ::: يا أحرفي الأليمه
مات أبي فقولي ::: للأنفس الرحيمه
يا دمعتي اليتيمه
يا دمعتي اليتيمه
مات أبي فمن لي ::: يلقي الحنان حولي
قولي لهم لعلي ::: ألقى يدا كريمه
مات أبي فمن لي ::: يلقي الحنان حولي
قولي لهم لعلي ::: ألقى يدا كريمه

يا دمعتي اليتيمه ::: يا أحرفي الأليمه
يا دمعتي اليتيمه ::: يا أحرفي الأليمه
مات أبي فقولي ::: للأنفس الرحيمه
يا دمعتي اليتيمه
يا دمعتي اليتيمه
للكافلين قصي ::: حكاية الصغار
باتو بغير راعي ::: يادمعة انكسار
للكافلين قصي ::: حكاية الصغار
باتو بغير راعي ::: يادمعة انكسار
يا دمعتي اليتيمه ::: يا أحرفي الأليمه
يا دمعتي اليتيمه ::: يا أحرفي الأليمه
مات أبي فقولي ::: للأنفس الرحيمه
يا دمعتي اليتيمه
يا دمعتي اليتيمه
أبائي الكرام ::: تحجر الكلام
بالحلق واكتفينا ::: بدمعة يتيمهأبائي الكرام ::: تحجر الكلام
بالحلق واكتفينا ::: بدمعة يتيمهبدمعة يتيمه
بدمعة يتيمه
بدمعة يتيمه
بدمعة يتيمه
بدمعة يتيمه
بدمعة يتيمه

Sugar Cookies

25 Jan

Ha, hari ni Kakmin buat sugar cookies. Dah tak de nak buat apa-apa, so Kakmin buatlah cookies. Untuk buat sugar cookies ni masa yang diperlukan tak lama. So sebab tu jugaklah Kakmin nak buat sugar cookies ni. Rakyat di rumah ni bukan punya lagi suka makan cookies ni terutamanya si Adib.

Cookies yang tengah diterap sebelum nak masukkan kat dalam oven.

Actually cookies ni Kakmin nak buat hiasan kat atas dia. Namun atas sebab-sebab tertentu, ( dah habis kena dah ) jadi tak sempatlah nak buat hiasan, lain kali je lah yer~

Sugar cookies bentuk Lollipop 😛

Sugar Cookies ni Kakmin tambah Turkish Delight untuk topping. Turkish Delight ni yang Kakmin buat dalam post lalu, ingat tak?.

Adib tengah dok posing makan cookie tu tetiba je cookir tu patah dan camera pun snap !. Sebab tu gambornye gitu 🙂

:: Resepi Sugar Cookies ::

  • 1 1/2 cawan mentega.
  • 2 cawan gula *ikut suka
  • 4 biji telur.
  • 1 sudu kecil perasa vanilla.
  • 5 cawan tepung.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil garam.

:: Cara-cara penyediaan ::

  1. Letak mentega dan gula kat dalam mangkuk besar,then ambik mixer and creamkan samapi lembut. Setelah lembut, ambik telur mix kan sekali. Kemudian tambahkan tepung, garam, baking powder dan garam. Campurkan semua dan biarkan lebih kurang sejam. Kalau ikut Kakmin, Kakmin lebih suka untuk biar selama sehari.
  2. Panaskan oven korang 180 celcius. Roll kan dough tu setebal setengah inch dan terapkan ikut suka korang.
  3. Kemudian letakkan dekat  cookies sheet. Then bakar selama 8 ke 10 minit.