Perarakan Maulidur Rasul 2012

5 Feb

Pagi ni tadi Kakmin and the gang bangun awal sebagai persiapan untuk perarakan Maulidur Rasul. Kiteorang semua berjalan kaki menuju ke Stadium Miri. Perjalanan dari Kampung Sukan Petronas ke Stadium Miri mengambil masa lebih kurang 10 minit je.

Setibanya kat situ, stadium dah pun sesak dengan orang ramai. Jadi kiteorang pon terus carik tempat yang telah ditetapkan. Dah siap kiterorang berbaris tu, ada pulak orang datang cakap kita berbaris salah tempat. Adoyaii ! Pindah lagi kat tempat kita yang sebetulnya. Mula-mula kiterorang tengan tunggu chief minister habiskan ceramah dia. Mak oiyy, ceramah dia bukan maen lagi “pendek”. Tak nampak ker rakyat dia kat bawah ni dah berpanas dah ke?. Dia berucap kira-kira setengah jam. Lama tuu,. Lepas habis CM berucap, barulah kiteorang dapat berarak. Nak tunggu turn lagi. Lecehlah. Lebih kurang setengah jam jugaklah nak tunggu turn kiteorang. Tapi takpe, Kakmin tak kesah semua tu yang penting, Kakmin dapat join perarakan ni. Peringkat state pulak tu. Hah.

Actually, waktu mula-mula Kakmin ingat dekat je tau jalan yang kiteorang lalui. Lepas jalan tu barulah Kakmin tahu betapa “dekat”nya perjalanan yang kiteorang lalui tu. Setengah perjalanan tu memang Kakmin akui penat nye boleh tahan. Waktu tu Kakmin rasa memang dah nak stop and mengalah jer. Lepas tu Kakmin pun buat sesuatu untuk menaikkan semangat Kakmin ni balik so, Kakmin kata kat diri Kakmin : “Engkau mesti boleh, Nabi Muhammad dulu pon berperang waktu bulan puasa dieorang menang pulak tu. Ini kan bukan bulan puasa, so takkan kau boleh mengalah kot? “. Kontinjen kiteorang tiba jam berapa pon Kakmin tak hengat dah sebab tak pakai jam and maseh tercungap-cungap lagi. Mengikut kata Kak Wani, perarakan kali ni memang paling jauh and kiteorang dah pusing Bandar Miri dengan berjalan kaki pulak tu. Empat kilometer tu memang berasa jugaklah namun Kakmin tetap happy untuk kontinjen Kakmin. Non of them yang pengsan. Tahniah !!

Selesai je habis perarakan, kiteorang semua rush balik ke Kampung Sukan Petronas sebab ada aktiviti seterusnya iaitu Khidmat Masyarakat. Aktiviti hari ni memang padat-padat belaka.

Hah, malamnya pulak ada Malam Mahabbah Rasulullah s.a.w. Yakni malam ni merupakan malam melahirkan kecintaan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Pada malam mahabbah ni adik-adik peserta, pihak PERKIM serta barisan fasilitator membuat persembahan. Kakmin sedikit terpukau dengan persembahan oleh pihak PERKIM. Seorang aunty PERKIM ni yang kiteorang panggil Aunty Rosnah. Mak oiyy, suara dia ……….. Bagus & indah bangettt… Sempat jugak Kakmin interview dia ni tanya dia guna apa untuk suara dia. Nak tau petua Aunty Rosnah ni? Jap ekk ~

:: Petua Aunty Rosnah ::

Bahan-bahan

  • Tebu
  • Gula batu
  • Cili padi

Cara-cara

  1. Cili padi ditumbuk lumat bersama dengan gula batu di dalam lesung.
  2. Setelah lumat, ambik tebu tu dah tumbuk bersama cili padi dan gula batu tersebut.
  3. Habis tu, minumlah air tebu tersebut

* AMARAN : Kepada sesiapa yang menghidap gastrik adalah dilarang untuk mencuba petua ini. Harap maklum.

Persembahan peserta pun ok jugak. Walaupun tak seberapa namun dieorang tetap nak buat jugak demi Rasulullah s.a.w.  Latihan cuma sehari je, namun dapat buat persembahan mantap. Fasilitator punya persembahan ok jugak. Selawat dan qasidah yang didendangkan begitu penuh bersemangat sekali. Malam Mahabbah ni habisnya kira-kira jam 11:30 malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: