Resepi Turkish Delight

16 Jan

Kakmin rasa macam nak makan Turkish Delightlah hari ni. Turkish Delight yang macam si Edmund Pevensie makan . Ishh yang dalam cerita Narnia tu. Bila tengok je si Edmund tu gigit Turkish Delight terus je rasa terasa kat dalam tekak Kakmin ni ha ~.

Edmund tengah makan Turkish Delight

Jadi Kakmin pun cadangnya nak buat Turkish Delight lah petang ni. Sebelum ni pun Kakmin ada jugak buat. Nak bagitau siket, kalau buat Turkish Delight ni perlu ada kesabaran yang tinggi tau. Sebab masa yang diambil untuk kita nak tunggu Turkish Delight ni betul-betul masak lama sangat. Kakmin sendiri pun ambil masa 4 jam untuk tunggu dia betul-betul masak. Lenguh jugak kaki ni asyik dok menggaul je. Hehe. Setelah lama menunggu ~ Jadi jugak akhirnya .. hehe Alhamdulillah🙂

Turkish Delight

Turkish Delight

Turkish Delight yang Kakmin buat ni ditanggung halal dan bebas dari unsur haiwan. So vegetarian, bolehlah makan yer. Kalau yang western punya Turkish Delight diorang bubuh Gelatin kat dalam tu. Kalau dah bubuh Gelatin, manalah asli  rasa dan texture dia kan?. Sebab the real Turkish Delight hanya guna tepung jagung, perisa dan air je. Dah bubuh Gelatin, menipulah namanya tu. Ek eh, Kakmin ni senang-senang jer cakap orang menipu.. Ishh apelah hehe. Hmmm Kakmin teringat pulak waktu mula-mula Kakmin buat Turkish Delight ni. Memang hampehh !!. Sebab waktu tu Kakmin cuma buat Turkish Delight ni dalam masa sejam je. Alahai sebab tu lah tak menjadi. Waktu Kakmin tabur dengan icing sugar tu, tetiba je icing sugar tu cair kat atas Turkish Delight tu. Ya Alllah !!  Ruponyer, cara Kakmin pun salah jugak. Aduss… Try punya try sampai entah berapa kali try pun Kakmin tak ingat dah. Akhirnya, dapat jugak buat Turkish Delight yang sama macam kat kedai jual. Alhamdulillah.. Ruponyer macam gitu caranya yer ~

Budak-budak memang suka benda-benda manis ni. Lebih lagi kalau candy. Pantang didengarnya. Bila siap je Turkish Delight ni tadi, Adib cepat-cepat cakap yang dia nak makan semua Turkish Delight ni. Alamak Adib oi, kalau dah makan semua, Kakmin nak makan apa?. Gigit jari je lah nampaknyer hehe..

Tadaa !! Dah siap ~ Sedap

Untuk simpan Turkish Delight pulak tak lah susah sangat cuma korang kena letak kat dalam bekas yang kedap udara. And yang important sekali,jangan letak kat dalam peti. Sebab texture dan rasa dia boleh rosak hehe.

 

 

 

Adib yang dah tak sabar nak makan Turkish Delight. Katanya nak habiskan semua. Larat ke?

Resepi Turkish Delight 

:: Bahan-bahan ::

  • secawan tepung jagung.
  • sesudu besar cream of tartar.
  • 4 cawan gula.
  • sesudu besar jus lemon.
  • sesudu besar rosewater. * boleh tukar perisa lain.
  • pewarna merah. * boleh tukar warna lain.

Untuk dusting

  • secawan icing sugar.
  • 1/4 cawan tepung jagung.

:: Cara-cara ::

  1. Letak 11/2 cawan air kat dalam pan. Lepas tu letak jus lemon sekali dengan gula. Kacau sampai mendidih tau.
  2. Dekat dalam pan yang lain letak 500ml air dan letak tepung jagung dengan cream of tartar. Gaulkan untuk mengelakkan tepung jagung tu jadi berketul-ketul.
  3. Setelah tepung jagung tu jadi macam gam, alihkan dari api tu. Kemudian masukkan sirap gula sedikit demi sedikit. Gaulkan setiap kali sirap gula dimasukkan.
  4. Habis tu, letak kat atas api balik dan tunggu sampai mendidih. Kalau dah mendidih tu, perlahankan api dan jangan lupa untuk menggaulnya dengan kerap.
  5. Ianya dibiarkan mendidih dengan suhu perlahan sampai bertukar jadi kaler amber. Macam coklat-coklat sikit warna dia. Ha, kalau dah sampai tahap ni, bolehlah ditambah pewarna merah dan rosewater. Gaul-gaul setelah tu, boleh lah letak kat dalam bekas yang dah disapu minyak sedikit dan biarkan Turkish Delight tu sejuk selama beberapa jam.
  6. Ha setelah sejuk. bolehlah korang keluarkan dari bekas. Upps, sebelum tu, jangan lupa taburkan tepung jagung+icing sugar kat atas surface Turkish Delight tu sebelum korang menterbalikkannya.
  7. Habis tu, bolehlah dipotong kepada bentuk squre dengan menggunakan pizza cutter, sebab lebih senang dari guna pisau. Dah potong jadi square tibalah masnya untuk menggaulkan semua square square yang ada dengan tepung jagung+icing sugar.
  8. Habis tu, bolehlah dimakan ~
  9. Untuk simpan dia pulak, letak je dekat dalam air tight container dengan lebihan tepung jagung dan icing sugar tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: