Bengkel Keselamatan Dan Kesejahteraan Remaja Bestari

13 Mar

Alhamdulillah pada 10 hingga 12 Mac lalu Kakmin telah diberi sekali lagi kepercayaan oleh Unit Sosiobudaya BPP-MIS untuk  menjadi salah seorang daripada barisan fasilitator bagi Bengkel Keselamatan Dan Kesejahteraan Remaja Bestari.

Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan remaja wanita tentang keselamatan diri. Selain itu jugak, dalam program ni ada diadakan tasmiq iaitu hafazan Al-Quran. Kami mahu remaja yang mengikuti program ini seimbang dari segi rohani dan juga jasmani. Semoga di rumah pun dieorang amalkan membaca Al-Quran ni. Insha Allah.

Last day, kiteorang adakan aktiviti masak-memasak. Setiap kumpulan mestilah bekerjasama untuk masakkan at least satu lauk. Kalau tak ada lauk, alamatnya, makan nasi kosong lah korang yerr .. Kiteorang rakan fasilitator masak ayam pansuh, ayam yang letak dalam buluh. Cekal betul semangat peserta nih, dahlah hari panas retak.. haha nak buat macam mana kalau tak de lauk makan nasi kosong alamatnya mesti bekerjasama untuk buat lauk ~.

Program nih memang best giler sebab kakmin dapat jumpa dengan adik-adik dari latar belakang yang berbeza. Insha Allah.

Advertisements

Program Cuti Sekolah

5 Mar

Kepada adik-adik perempuan tingkatan 1 hingga 3 yang berada di Kuching mahupun luar Kuching yang tak de nak merancang pergi mana-mana cuti bulan Mac ni, jomlah join kiteorang pergi program ni. Percuma je tau. Rugi kalau tak pegi.. Jom sama-sama daftar !

Bengkel Keselamatan % Kesejahteraan Remaja Bestar 2012

Bengkel Keselamatan % Kesejahteraan Remaja Bestari 2012

Result SPM?

3 Mar

Bila waktu sebenar nak keluar result SPM nih?. Yang Kakmin dengaq ada orang mai habaq kata pertengahan bulan Mac. Aisey man ni dah masuk hari ke-3 dalam bulan Mac. Maknanya tak lama lagi lah nak sampai tengah. Berapalah result yang Kakmin dapat agaknya yer?. Harap-haraplah lulus semua.. Amin ~

Mengimbau kembali ceh wah masa Kakmin mula-mula duduk ujian besaq lah katakan. Masa tu lagi sekolah rendah. Kakmin dok ambik ujian UPSR. Tu meripakan ujian besaq pertama yang Kakmin duduq. Waktu tu Kakmin mana ada ingat nak belajaq. Jiwa pun masih jiwa budak-budak. Masa rehat sebelum duduq satu lagi ujian orang lain belajaq@ulangkaji, naktau Kakmin buat apa?. Hahaha, Kakmin sempat pulak main batu seremban.. Adoiyaii.. Alhamdulillah Kakmin dapat jawab semuanya dengan lancar. Keputusan UPSR Kakmin cuma dapat 2A 3B jer ūüė¶ .. A untuk BM Penulisan & Pemahaman .. B tu bagi subject Maths, English & Science.

Ha, ujian PMR pulak. Ni Kakmin dah matang siket laa.. orang belajaq, Kakmin pun belajaq. Makin lah kat dalam kelas duduk dengan geng yang rajin belajaq.. Mengikut hadis riwayat Bukhari & Muslim : “Perumpamaan teman yang shalih dengan yang buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang pandai besi. Berteman dengan penjual minyak wangi akan membuatmu harum karena kamubisa membeli minyak wangi darinya atau sekurang-kurangnya mencium ban wanginya. Sementara berteman dengan pandai besi akan membakar badan dan bajumu atau kamu hanya akan mendapatkan bau tidak sedap“. Result PMR Kakmin cuma dapat 3A 4B 1C.

Then ujian SPM.. Result nya.. Jeng jeng jeng.. Kita nantikan pada pertengahan Mac nanti yer.

Ustaz Don ft Ustaz Azar Idrus

2 Mar

Satu Fenomena

Kakmin baru sahaja mengenali kedua-dua ustaz ni. Kakmin kenal dengan Ustaz Don dekat dalam TV AlHijrah manakala Ustaz Azhar Idrus pulak melalui laman web perkongsian video iaitu You Tube.  Mereka masing-masing ada cara dieorang sendiri dalam menyampaikan dakwah.

Rancangan kegemaran

Rancangan 30 minit bersama Ustaz Don kini telah jadi program rasmi keluarga Kakmin terutama buat tok dan wan. Dieorang memang tak miss tengok program ni. Sehinggakan waktu Ustaz Don berkunjung ke Kuching tempoh hari [ 17&18 FEBRUARI 2012 ] kiteorang pun pegi jugak. Itulah kali pertama pergi majlis ceramah bersama orang yang hebat lah katakan. Malangnya waktu kiteorang sampai kat IIC, tempat tu pon dah penuh. Dah tak dak ruang lagi untuk masuk. Pihak pengurusan cuma sediakn 100 buah kerusi je. Tapi peminat yang datang hampir mencecah 1000 orang. Ha, cayalah ~ Tok dan wan tak tahan sangat berdiri lama-lama, jadi kiteorang pon balik tanpa sempat mendengar ceramah Ustaz Don. At least ada jugak tengok Ustaz Don in person. Wah, tinggi lampai oghe nya.

Oghe utara

Kedua-dua ustaz ni mempunyai persamaan ketara. Kedua-duanya oghe utara. Ustaz Azhar Idrus oghe Ganu ( Terengganu ) manakalan Ustaz Don Daniyal pulak oghe penang ( Pulau Pinang ). Berbanggalah oghe utara, ada ulamak hebat nih. Oghe Sarawak bilo lagi nak ado macam gini?..Insya Allah ~

”]Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Don Daniyal [ Penyejuk mato ambo ]

Yaprak Dolma

14 Feb

Yaprak Dolma?. Apo kebenda nya tu?. Hah, ni nak bagitau Yaprak Dolma ni merupakan makanan orang Timur Tengah, Russia dan jugak South Asia.¬†Untuk pengetahuan korang apa-apa je makanan yang bersumbat digelar Yaprak Dolma.¬†Selalunya orang akan letak¬†beras,¬†daging¬†cincang atau¬†bijirin. Ada jugak orang suka letak bawang, parsli,¬†herba dan rempah. Selain tu ada jugak yang guna daging cincang dimasak¬†dengan¬†minyak zaitun¬†bersama kismis ,bawang dan kacang.¬†Jadi hari ni buatlah Yaprak Dolma berdasarkan resepi yang dicedok dari internet. Tapi Yaprak Dolma yang Kakmin buat ni tak dibalut dengan daun anggur sepertimana Yaprak Dolma yang lain-lain tu. Ni lah ” Yaprak Dolma versi Kakmin “. Kat resepi tu dieorang guna daun anggur tapi Kakmin tak guna. Kakmin ganti dengan apa?. Ehem.. Kakmin ganti dengan daun bebuas/singkel. Senang je nak dapat daun ni. Kat tepi rumah Kakmin besaq betui pokok dia. Siap nak tunggu petik lagi.

Dah siap balut tunggu nak masuk dalam steamer je lagi ūüôā

 

Tadaa !! Siap dah pon :). Tunggu nak makan lagi nih ~

—> Dah, Kakmin nak off dulu, nak menikmati Yaprak Dolma daaa ~

Masjid Darul ‘Abidin

12 Feb

Malam tadi Kakmin menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Darul ‘Abidin Kuching. Selesai solat Maghrib jemaah bersama-sama mendengar maulid yang dibacakan oleh Tuan Imam Masjid Darul ‘Abidin. Majlis maulid tu jugak diserikan oleh qasidah Ya Hanana oleh anak-anak Madrasah Al-Khairat Kampung Pinang Jawa, Gita.

Kemudian kiteroang sama-sama menunaikan solat Isyak berjemaah. Setelah tu mendengar ceramah dari dua orang ustaz. Ceramah yang menarik hati Kakmin adalah ceramah ustaz yang kedua tu. Nama dia maaflah,Kakmin tak ingat. Beliau kata kalau kita nak mencintai Rasulullah, kita mesti kenal dengan baginda. Tak kenal Rasulullah s.a.w maka tak cinta baginda. Beliau juga menceritakan sewaktu di Zaman Rasulullah, seorang sahabat bernama Zaid. Zaid ni sanggup berkorban walaupun nyawanya menjadi taruhan demi tidak mahu Rasulullah dicederakan. Masha Allah ~ Sehingga begitu sekali cintanya terhadap Rasulullah s.a.w. Kakmin sendiri pun mengaku belum ada kecintaan begitu sekali terhadap Rasulullah s.a.w sehingga sanggup mengorbankan nyawa. Semoga diri kita termasuk diri Kakmin dikurniakan cinta begitu mendalam sekali terhadap baginda Rasulullah s.a.w. Amin !!. Selain tu jugak ustaz ni cakap bahawa Agama Islam merupakan agama mulia. nabi Muhammad insan mulia. Umat Islam umat Mulia dan beliau juga menyatakan bahawa Majlis Maulid yang kami hadiri juga mulia ! Amin Ya Rabb ~ Majlis ni deserikan sekali lagi oleh anak-anak Tahfiz Madrasah Al-Khairat dengan bacaan qasidah yang bertajuk solaatun bissalamil mubin serta selawat badriyah.

Majlis ni tamat tepat jam 10:00 malam and Kakmin sampai kat rumah jam 10:30. Kakmin harap lepas ni bolehlah lagi diberikan peluang untuk menghadiri majlis-majlis ‘ilmu seperti ini. Insha Allah ~

Dah sampai dah

7 Feb

Assalamualaikum. Kakmin dah selamat sampai kat Kuching dah. Sampai tepat jam 10:30 malam then sampai rumah jam 11 lebih macam tu. Penat jugak lah perjalanan balik ni. Hahaha, sepanjang perjalanan dari Miri ke Bintulu, caya tak kerja Kakmin tidur se sepanjang perjalanan. Aduss ! Penat + demam :'(. Program kat Miri kali ni memang best. Selain tu Kakmin ada pengalaman baru sepanjang berkampung kat sana. Never and never putus asa. And we must cuba selagi mampu.